welcome to wan era blog.. enjoy reading my simple life story.. hehehe

Sunday, January 22, 2017

FINALLY!!!!

FINALLY!!
aku berjaya tamatkan kehidupan bergelumang dengan lectures notes, lecture class, group assignment, individual assignment, test, quizes, exams... eh eh tapi tak bermakna aku dah officially a degree holder sbb aku ade lagi balance 1 sem which is my internship. so, doakan aku berjaya harungi 1 sem nie which aku akan start pada 12February until 27July 2017..

pasal degree life aku kat YUEMMTEEY terchintahhh tu, interesting!! sedih memang sedih sbb dah berpisah dengan #friendstertilljannah but bile pikir balik yg masing2 ade life sendiri, cita2 yg nak kejar, aku bersyukur sbb aku yakin dorang will have great future and Inshaallah one day kami akan ditemukan kembali..

ahhaaaa, kalau perasan la aku punyer wishlist dah baru sikit sbb one thing aku dah berjaya achieve which is AKU DAH ADE OFFICIAL LESEN for both kereta and motor (aku amik mase cuti sem 6) saje je nak cakap.

tu je kot nak update. by the way, take care ye. aku doakan korang yg rajin membaca nie berjaya dalam ape yg korang harapkan/usahakan/impikan dan sewaktu dengannya. semoga bahagia dunia dan akhirat.

SMILE :)

Monday, May 16, 2016

life

life is just the beginning of everything.
tears, joys, laugh, cry...
but no matter how hard your life is, just smile and keep going.
no one willing to be judge so do i?
trust me, if you live under people judgement, you will never success.

sejak akhir-akhir nie, banyak berita kematian yang aku dapat.
Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali terlebih dahulu.
aku terkedu suatu pagi, bila aku terima whatsapp.
"Dah tiba janji mereka berdua dengan yang Maha Esa"
dan sebab itu aku tertarik untuk meluahkan apa yang aku rasa through entry aku kali nie.

Janji?? 
kalau aku boleh ingat janji aku pada diri aku, pada manusia sekeliling,
mengapa aku lupa janji aku pada Pencipta?
manusia, mana pernah sedar akan apa yang pernah dilakukan
sehingga lah dia melihat kebaikan yang dia lakukan.
tapi mereka lebih dari sedar apabila melakukan keburukan terhadap orang yang mereka sayang.
persoalannya, adakah bila mereka lupa akan pencipta, bermaksud mereka tidak sayang pada Penciptanya?

tanda tanya aku letakkan di situ.
kawan aku cakap
"Reflect yourself again bila rasa ada yang tak suka"
sangat membantu,
REFLECT!!!!

SMILE :)

Monday, February 29, 2016

back!!!

So yeah, i'm back. here in 2016!!!!
with new semester, new life, new spirit. and one thing that i'm still trying which is become HEARTLESS  as 2015 teach me a lot of stuff that i really don't want to remember any of it. too much pain and too much feeling to be care as I'm struggle on making people think that I'm okay even when I'm not . but yeahhh!!! who know, i'm still alive today, but tomorrow??? maybe yes maybe no. but one thing that i sure, I'm a same person that still trying to be better day by day. 

This 2016, i just started it with this quote, "When your life changes to be harder, change yourself to be stronger". as I know that nobody will change me if I don't..
so thanks to the person who write this in his twitter's bio. 

By the way, next year dah nak graduate (inshaallah).. pray for me. hope i can finish my degree's life in October 2017.

smile :)

Friday, November 06, 2015

manusia

manusia,
 tak pernah diketahui dari mana punca hatinya
dari perasaan ikhlas atau terpaksa
atau mungkin dari rasa yang pura-pura

manusia, 
sekali ia terluka bukan senang menyembuhkannya
sahabat adalah teman seperjuangannya
musuh adalah pengajaran baginya

manusia,
kadang kala kita tak tahu apa yang difikirkannya
baikkah atau sebaliknya
atau tiada kita dalam doaanya

manusia,
bukan banyak dipintanya
bukan semua diinginkannya
cukup sekadar rasa pengertian untuk sebuah kesedihan
sekadar kata maaf untuk suatu kesalahan

manusia,
mereka mudah terlupa
mereka bukan takut memula
bukan juga takut dihina
cuma mereka tidak yakin akan mampu yang dimilikinya

manusia
sekadar memuaskan hatinya
sekadar ingin berkongsi rasa
bukan ingin mencipta jurang sehasta
cuma teman setia yang diingininya 
untukmencipta rasa ceria bahagia.

Saturday, May 30, 2015

GoOD BYE Audit 1

sem paling tough, paling stress, paling banyak buat aku muntah. ye la, aku nie mabuk kalau banyak sangat nombor nak kene check, tambah pulak dengan assignment audit yang kene create company, lepas create, amik plak orang lain punyer company *among classmate*, mane tak pening, kalau masa sekolah dulu kerja akaun kene create transaction sebulan je, nie dah masuk u, kene create transaction setahun. mmg tak dapat dibendung la mabuk nombor aku nie. name je budak akaun, tapi kalau banyak sangat nombor nak kene tgok berulang kali, mmg datang la benda alah tu. 

fuhhh, now dah selamat mendarat dari penerbangan audit yang mmg memabukkan. hope Audit 2 tak de la macam nie. dah la batch first buat benda nie. batch lepas elok plak bg company, xyah nak create bagai. betol kot ape aku dengar selama nie, "batch 1994 adalah bahan uji kaji".. kebenarannye?? hanya yang lahir 1994 je faham n tahu kebenarannye. k, jom relax otak. 2 minggu lagi nak final exam sem4. wish me luck.

smile =)

Tuesday, May 19, 2015

coming back yawww

hei, buat coming back jap. lame dah terabai blog aku nie. niat dulu macam nak biarkan je blog nie and pikir nak buat blog lain sbb blog nie banyak sangat kenangan. but betol la orang cakap, walau kita lari dari kenangan, tak mungkin ia akan hilang. YES!!! so, it prove when i still miss the memory that i bury here. oh btw, don't laugh when i said that 'i still in love' with the same person. almost  three year and guess what, he still a person that i saw 2years ago. stay cute and adorable for me. so, that's all.. thanks and this now my coming back.. will be right back. 
smile =)

Wednesday, August 13, 2014

#PrayForMuslim

sungguh aku tersentap membaca apa yang berlaku kepada saudara islam aku yang sedang berperang antara hidup ditindas atau mati syahid.. Allahuakbar!!! dimana kah aku ketika mereka perlukan bantuan?? ketika memerlukan sokongan??? ketika mereka memerlukan ketabahan??? kemana pergi saudara islam yang sedia berjuang bersama?? ingin aku melihat semua umat islam dengan ajaran islam yang sebenar.

tatkala umat islam yang lain berpuasa,
mereka x merasa apa itu bazar ramadhan,
yang mereka tahu cuma bazar kecederaan,
melalui bazar kematian dihujung tanduk..

ketika umat islam yang lain berhari raya,
mereka tidak merasa pakaian yang indah,
ape yang mereka kenali??
pada mereka semua itu cuma sementara,
kerana pakaian mereka yang syahid itu lebih bermakna,
makanan disyurga itu lebih lazat 
berbanding kuih raya yang dihidangkan.

jika aku bukan ditakdirkan berjuang bersama mereka di lapangan perang senjata, jika kalian juga seperti aku, biarkan doa yang mengiringi mereka. berdoalah yang baik, bukan mencaci musuh. berdoalah semoga Allah memberi hidayah pada mereka yang menzalimi dan kejayaan pada yang dizalimi. 


Saturday, July 26, 2014

pergi melabuhkan tirainya

ia muncul penuh pengharapan
munculnya membawa berjuta impian
hadirnya memberikan tautan kemesraan
yang tak mampu dirungkai dengan perkataan

kini ia dilayari dengan puluhan keinsafan
dibahterai dengan ribuan keampuanan
dikemudikan oleh hati yang dipenuhi penyesalan
tanpa sedar ia membawa jutaan kebahagiaan

lumrah kehidupan,
dahulu pemergiaannya ditangisi taubatan
kini belum sempat ia pergi tapi kian diusir dengan kealpaan
tanpa bertanya pada diri
apakah ia sudi bertamu di ketika kemudian

berharap agar penantian itu bukan penyeksaan
berharap agar ia kembali dimasa hadapan
agar sempat si pendusta memohon keampuanan
tanpa mengharap sebarang balasan

#RamadhanMelabuhkanTirainya

Friday, July 25, 2014

andai masa itu diputar kembali

andai masa itu diputar kembali
ingin sekali aku perbaiki diri ini
kembali pada yang azali
kembali pada yang hakiki

andai masa itu diputar kembali
ingin sahaja aku ulangi lagi
kenangan yang muncul di benakku kini
menjadi santapan air mata dingin pagi

andai masa itu diputar kembali
ingin rasanya aku luahkan segalanya
agar hatiku menjadi suam terbiasa
tak perlu hatiku bersulam pura-pura
yang aku sendiri tak tahu dimana pengakhirannya

andai masa itu diputar kembali
tak akan aku sia-siakan insan bergelar manusia
tak akan aku gantikan suka kepada duka
akan aku kekalkan sahabat bukannya pendusta.

#AndaiMasaItuDiputarKembali

Tuesday, April 22, 2014

KAI #UMT

KAI tu ape?? its KELAB AMATUR INTELEKTUAL. so, for this second post i just wanna share my experience joining this club. nie first time aku join kelab islamic sebab selama nie *kat matrik* aku malas nak amik taw pasal ape2 kelab yang wujud termasuklah pusat islam masa kat matrik.. so, mase kat U nie la aku nak try join kelab islamic. nak di jadikan cerita, kelab nie ade la buat satu kem mase aku sem lepas ~CHARACTER BUILDING CAMP (CBC)~ aku macam blank mase camp tu but nasib baiik akak n abang2 senior kat situ seriously baik n hormat sangat. kitorang mmg hidup cara islam kat situ. experience aku makan ramai2 dalam dulang adalah pengalaman yang aku x akan pernah lupa.. seriously aku banyak kali menangis time kat kem nie, tapi bukan sebab aku menyesal datang, sebab aku menyesal akan perbuatan aku selama nie yang suke ambil mudah. like seriously korang kene tahu something yang mmg aku takut, time KEMBARA DA'EI.. bukan takut sebab time tu malam ke ape, tapi sebab ade satu aktiviti tu yang dipanggil liang lahad kalau aku x silap.. yesss!!! KUBUR.!!! kitorang kene tidur dalam kubur about 3 minit and bayangkan lah dalam kegelapan, bau kapur barus, gelap, n pejam mata. bayangkan lagi kalau tiba2 korang buka mata rupa2nya korang dah mati. amalan korang?? tanggungjawab korang??? ape nak jawab kalau disoal?? Allahuakbar, aku menggeletar selepas 3 minit tu berlalu, sesuatu terjadi kat aku masa dalam tu, aku tiba2 rasa sejuk, n bunyi yang kuat datang serupa seksaan kubur buat aku. *tanpa aku sedar yang bunyi itu adalah lemparan tanah oleh senior KAI*. macam mane kalau nanti aku dah mati, n perkara tu benar2 berlaku, Allahuakbar aku xmampu.
panjang sangat perjalanan cerita nie, terlalu banyak tapi x best kalau bace je, nanti kalau ade la antara readers yang bace nie dapat UMT or dah pon menjadi pelajar UMT, joinlah aktiviti KAI... in shaa Allah, korang xakan menyesal.

~we are family~
~p/s: aku paling belakang, 4 dari kiri~

THINGS COMES AGAIN

di situ, di  tempat itu, aku mulai mengenalnya
perkataannya menimbulkan tawa dihatiku 
menjadi salam perkenalan antara kami
bertikam lidah tanpa makna diawal perkenalan
melambaikan tangan tanda salam perkenalan

berlalu hari tanpa aku menyedari,
usikan senda dari keliling hidupku
menimbulkan rasa yang aku sendiri ingin hindari 
tidak aku menyedari akan perkara ini,
rasa ini hadir bukan dari kerelaan hati

salam perkenalan yang dihulurnya
masih segar di kotak sepi
berfikir aku semua ini
adakah ia akan berakhir melalui perpisahan jasad,
atau berakhir dengan perpisahan abadi.

biarkan rasa ini kekal 
 kekal seperti diawal pertemuan dahulu
bukan aku menolak hakikat sebenar 
tapi aku hanya manusia biasa
 yang x mahu terluka oleh penantian sia-sia


 

Tuesday, April 01, 2014

BiCAra haTI


setapak demi setapak
kurelakan kaki ini mengikut haluannya sendiri
tak akan aku membantah rontaan permintaan ini
bukan aku ini lemah tetapi hanya itu baki dayaku
yang masih tersisa untuk perjuanganku kali ini

langit kini tak lagi seindah dahulu
terlalu banyak rahsia yang disimpannya rapi
terlalu perit untukku minta kembali
biarkan ia tersemat disisi yang aku sendiri tak pasti

perjalananku kini semakin sepi
perjuanganku kini semakin mati
penantianku kini semakin ketepi
tak akan aku biarkan ini semua disusun teliti
bukan akalku yang berfungsi sekiranya ini terjadi

temanku bukanlah untuk ditukar ganti
bukan pula dijadikan bahan uji
andai bukan bibir meluahkan rahsia hati
terbayangkan aku akan khilafnya diri
dimanakah silapnya tiada teman disisi






Thursday, December 19, 2013

SURVIVAL LAUT..

hai readers (bajet macam ade yg bace kan).. hahahhaha
okay, hari nie ak nak story morry pasal aktiviti yang aku buat untuk cukupkan syarat kokurikulum aku.. what is it?? SURVIVAL LAUT laaaa... mesti tertanya2 kan... actually. korang kalau bukan student UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU xakan dapat rasa aktiviti nie secara percuma... untung kan sape yang masuk UMT?? opkoss la...
aktiviti nie berlangsung selama 2 hari satu malam dekat PULAU BIDONG, nak taw kat mana tempat tu, tanya pak cik google k.. sepanjang program nie, kami di bahagiakan kepada 4 kumpulan iaitu, PARI.. KETAM... UDANG... JERUNG... haaa kau, semua name haiwan laut...ye la kan, katanye laut...
mase first2 nak pegi tu, punya la excited, dengar cite kengkawan yg da pergi macam2 la, ade cakap x best, and ade cakap best.. so, nak taw best ke tak.. kena pergi dulu la.... me?? best ke x?? nanti akan taw....hehehe

okay, naik bot (ada bot laju n bot besar) jeti kat merang around 45minit dari UMT,.. perjalanan dari jeti ke pulau bidong around 1jam memang best...
muka excited naik bot
bot sedang memecut memotong bot lain..

nampak dah haih pulau nye...
sikit lagi nak sampai... jernihkan air??
arrive safely.....huhuhu

okay, dah sampai... bila dah sampai kena la angkut beg letak bawah kemah urusetia... dengar taklimat sikit n lepas tu time for WATER CONFIDENT.... best sangat, mula2 duduk dalam bulatan dekat dalam air with wearing BA... lepas rasa macam dah selesa tu, berenang lah kamu ke arah bot di tengah laut... macam2 style ade.. kuak lentang, kupu2, ikan duyong.... x taw la nak cakap style ape lagi, n bila dah sampai kat bot tu, naik la kan atas bot tu, pastu terjun.. kebooommm!!!! n berenang balik ke tep pantai.. macam sia-sia??? ohh tidak,  sebenarnya, tu melatih kita jadi lebih berani.. why?? sebab nak terjun tu kena brani, jangan menagis pulak dah... ade je yang menangis.. xde gambar la, x sempat nak amik ngn org, g pun air kan, sape nak amik gambar lam air?

okay, lepas tu, group aku iaitu group pari pergi memancing.. naik bot laju dulu pastu tukar bot kat tengah laut sebab bot besar akan merosakkan karang kat tepi pantai... so, jauh ke tengah laut kami memancing n bot kami dapat ikan 130++... paling banyak tu,.. *bangga jap* aku?? 4 ekor je... hehhe.. pon xde gambar nak tunjuk...

next, jejak warisan... naik bot ke jeti blakang pulau... macam2 jumpa, ade tugu ucapan terima kasih, gereja, patung, tangga laluan mereka n paling aku x leh percaya aku jumpa serpihan kapal pelarian vietnam...  pastu on the way balik, aku dapat pegang anak penyu... comel sangat, macam x percaya blh pegang... n jumpa ape lagi ye... haaa, ak jumpa satu pokok yg unik... x ingat dah name ape but pokok tu boleh buat syampu from batang dye yg di tumbuk... kalau x silap la... pasttu, jalan punyer jalan, sebelah kanan ak jumpa tangki air n guess what, ade kubur pelarian vietnam kat bawah tu...  wat lek wat cool k, xde ape yg menyeramkan pon.... siang kann... bawah nie view from jeti blakang before jejak warisan..






okay, lepas aktiviti nie, makan n solat zohor, lepas tu berkayak... kayak best sangat sebab main air lagi... hahahha, x banyak leh cerita pasal kayak.. but pas tu pegi snorekeling... subahanallah, cantik sangat... jumpa nemo, obor2, ikan ape tah, banyak sangat... memang cantikkkk....

malam tu, buat malam kebudayaan... jadi tukang karot..heheheheheh... pastu lepak tepi pantai n nyanyi2 with geng2 aku sementara tunggu BBQ... then pagi esok bangun je, siap2 n ada senaman pagi n sarapan.. pastu naik bot daaaaa... huhuhuhu... sedih sebab nak tinggalkan pulau bidong dah...

this part of accounting buddy...


okay la, da xde idea nak share... experience make future better..
bye2, assalamualaikum...

smile :)



Saturday, September 07, 2013

first week at UMT

ok.. assalamualaikum to muslim n hello to non-muslim... now aku da berada di UMT... such an ohsem place n get such of super duper sporting roomate... selepas 4 hari lalui orientasi or di panggil MINGGU JALINAN MESRA, segalanya berubah.. no more ohsem faci yg akan guide kitorang... no more basuh tray lepas makan... sumer nye xde la... org cakap orientasi nie macam ape je kan, but kat UMT semua nye best.. siap ade nyanyi2 lagi... lagu macam budak2.. lagu makanan, anatomi, warisan, masihkah kau ingat, watermallon n banyak lagi... kat UMT memang best dye punye orientasi.. xkan dapat kat tempat lain... dapat kenal ngan ramai faci...syiokkkk!!! okay, x taw nak gambarkan macam mana, take a look okay =)
ME
CIK STRAWBERRY WITH MY MATRIC CARD
MY ROOMATE
FROM LEFT: WANI, PIQAH N SUMAIYA
MAI, MY FACI (KAK WANAH) N ME

KAK WANAH, KAK AIN, MAI, ME N KAK ASMA


MAI, ME, ABG EPIK N KAK WANAH



KAK ASMA N KAK AIN
  N after this, kitorang akan pegi survival laut at pulau bidong... ikut kos... n kos aku akan gabung ngan kos agrotek... n akan pegi 3-4 oktober 2013....hehehehe.

 okay, just that... smile =)

Saturday, July 27, 2013

ekstravaganza

assalamualaikum.. xjawab dose taw...hehehe. ekstravaganza??? idea title post hari nie datang sebab now, aku tengah tgok rancangan tu... REDAH KASI PECAH EKSTRAVAGANZA.. ala, yg zaibo jd pengacara tu.. law xtaw jugak, google la ye... hehe.. okay, entry kali ini bukan nak cite pasal cerita tu... but nak cerita pasal aku punyer hala tuju lepas nie...


okay, korang pun dapat bace ape yg di tulis kat pic tu kan?? UMT-UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU?? yesss... tu ape yang aku dapat n lebih menggembirakan aku, aku dapat kos akaun... alhamdulillah... n lepas je dapat result tu aku macam nak call kawan baik aku sejak sekolah lagi, maizatul n guess what, dye pun dapat same ngan aku...bukan setakat tempat je, tapi kos pun same... aku like, OMG!!! thanks YA ALLAH... but, then aku pun call la kimi nak taw kat mane kan... n aku macam huaaaaaaa sedihhhh .. sebab dye x dapat same ngan aku n nun jauh d utara lagi... but, sokay la... still blh contact lagi..kemaman n marang, bukan jauh sangat pun kan... aku pun mulakan operasi mencari senior kat group2 fb yg aku join, n jumpa la akak yang baik... name dye wan eyla.. x ingat la name penuh dye...nak kenal dye x?? click sini


lepas dapat result tu, i mean selepas beberapa hari, aku mulakan operasi memenuhi keperluan yg dikehendaki like medical checkup, bantuan yayasan, n segala macam bantuan kewangan...yela kan, nak harapkan family aku, kesian la kat dorang, mane nak tanggung kakak n abg aku lagi..so, perlu la kan benda tu sumer... so, settle sumer borang yayasan aku isi n print.. aku kena la p mintak tandatangan jkk la ape la, cm complicated sikit..n lebih compliated bila semua orang yg aku cari tu x de...alasan : pegi besut sebab pilihanraya... aku macam, alaaaaaaaaa...kecewa gak la sebab keja aku tertunda...

then, aku nak proceed benda lain.. aku pun pg la CIMB sebab nak bukak akaun seperti yg tertulis kat dalam surat tawaran.. dorang nak akaun CIMB sahaja.. aku dengan semangatnye pagi khamis tu, pegi redah bandar terengganu n sampai la kat CIMB tu..tgah baik je duk buat tu...nak cetak kad la kan, korang taw ape jadi??? sistem pulak down... aku rase macam nak jerit je kat situ sebab banyak sangat dugaan...da la bulan puasa, mengundang betol la haih... sabar2.. then miss/ madam yang handle urusan aku kat CIMB tu cakap la, x taw bila nak okay balik... dye cakap nak call...tunggu punyer tunggu, pukul 2 lepas aku habis solat zohor, dye pun call la... okay settle hal bank tu..

  
lepas tu, aku nak p la buat akaun SSPN, nak mohon ptptn la kan, aku pegi menapak kat maybank, but sistem pun down jugak...aku pun xde choice lain, pg la kat pejabat ptptn sendiri... n sampai baik punyer, pukul 3... n pejabat da tutup... arghhh, dugaan lagi...so, postpone la keje aku yg satu tu... n aku macam da penat sangat, balik la umah...keje tu semua kena proceed ahad nie la pulak..

okay la, tu je kot...
smile :)

Friday, June 14, 2013

pot pet pot pet

hai semua... like seriously, ak rase macam da lame ak x update blog nie... nak cakap busy tu blh la... tapi x la busy macam perdana menteri kan... just aku malas nak on lappy n hadap benda nie... dlu ye la kan.. duk matrik, bosan kengkadang... mmg selalu la lappy nie jadi mangsa... hahaha
btw, banyak aku nak cerita... tapi x taw la boleh cerita semua ke x...
aku start cerita aku pasal mr.S.... lame da ak x contact dye... dye pn aku x taw la macam mane sekarang... tapi, mmg aku rindu dye sangat2... just boleh bace status kat facebook dye je untuk lepas rindu aku nie... cewahhh..

then, ak nak cerita pasal RESULT... teruk dari sem 1..sadiss tol. but still bersyukur sebab x payah repeat... nak taw berapa??? 3.68 PNGS ak n PNGK lak 3.80... anyway, nak ucap congrate kat abang long (hafis) sebab dapat 4.00 ... abg long da blh amik gelaran taiko dah..hahahahha

pastu nak cite ape ye.. haaa, nak cite yang aku rindu nak main basketball... seriously, bile bangun pagi2, aku macam nak tengok handphone... nak call adik, abg long n atin.. nak ajak main basket... but when i back to reality..  sedar yang diri ini x lagi bergelar pelajar kmp tapii bekas pelajar... YA ALLAH, bile la boleh berkumpul dengan dorang macam dulu2...

next, cerita pasal hidup kat umah... ahaha, ramai kawan tny aku asal x keje?? nie aku nak jawab.. aku x keje sebab kat umah nie banyak keje nak kene buat... law aku keje, semua benda aku kena guna duit sendiri law nak beli.. limited je... p law duk umah, aku just mintak...n aku akan dapat... duk umah x letih macam pegi keje... duk umah pun boleh dapat duit... n duk umah blh rapatkan hubungan SILLATURRAHIM ak ngan family... so, don't ask me anymore...

pastu nak cite ape ye... ad lagi cerita, tapi aku x leh cite at public... coz ak xnak kawan2 ak taw... t dorang lagi tanya banyak2... t law nak taw, ape2.. text me k... *for those yang ade no la* law x de, just gne chat box...

haaa.. jap2, ade lagi... aku nak suruh korang search at utube... cari name akira shukri n hezhazmi... dengar lagu dorang... seriously, korang x kan menyesal....

hey kamu, lelaki berbaju ungu... dekat padaku disini...
hey kamu, yang mencuri hatiku... namamu ingin ku tahu....


*memandai je tukar lirik* *sebenarnya bukan lelaki berbaju ungu, tapi gadis berbaju ungu*
ak saje tukar sebab mr.S suke sangat pakai baju ungu....

Sunday, May 12, 2013

di setiap lagu ada kenangan

Anggapanmu- ziana zain

Lagu nie banyak memori antara aku n roomate aku ( A2, 308-KMP)... lagu nie aku start suke tahun nie(2013) sebab raja/dila( my roomate) yang nyanyi lagu nie at first...huhuhu.. n now i really miss my roomate...n aku keep on nyanyi lagu nie bile aku rindu roomate2 aku...

My crush-  akira shukri n hez hazmi

lamu nie aku tahu dari kimi... n lagu nie aku suke dengar coz aku hanya mampu pendam perasaan aku kat crush aku...MR.S... korang pn taw kan (kalau follow entry aku selame nie la)... n sampai sekarang aku x confess lagi kat dye.... aku da stop contact dye, bukan sebab aku da x suke dye tapi sebab aku xberani...aku xsekuat yang korang kira...memang aku kuat untuk tahan kena marah dengan mak time buat silap... tapi kalau da melibatkan hati, aku memang x kuat..

Hujan kelmarin- taxi band

lagu nie aku tahu dari sabrina( my roomate)... yess!!! lagu nie memang sedih... sampaikan aku penah menagis mase dengar lagu nie... bukan saje2 nangis, tapi mase tu aku tengah tacink gile sebab ingat kat MR.S...


Aku suka dia- aina tasnim

masih ingat entry aku sebelum nie?? lau x ingat click sini ...
dah click?? kalau dah, mesti korang dah tau cite dye kan...

muara hati- siti nurhaliza n hafiz

lagu nie mengingatkan aku time petang2 kat bilik 308-A2-KMP-
knp?? sebab time2 nie qilah(my roomate) akan amik laptop aku untuk tengok cite adam&hawa... n dye akan tengok scene adam n hawa sahaja... xde nye nak tgok part azi n johan...hhahahah

PELIK KAN?? KALAU YUNA, DI SETIAP GAMBAR ADE LAGU... TAPI AKU, DI SETIAP LAGU ADE KENANGAN...NIE CARE AKU NAK INGAT SEMUA KENANGAN...KORANG MACAM MANA?? SHARE LAH...

smile =)

Friday, May 10, 2013

pesanan terakhir dari beliau buat gen13 -kolej matrikulasi perlis-

PESANAN BUAT ANAK-ANAK KMP
Bukan mudah untuk melupakan wajah anak remaja yang pernah hadir dalam hidup seorang guru.  Walaupun terlupa namanya, tetapi sentiasa teringat rautnya. Walaupun tidak teringat suaranya tetapi masih terngiang-ngiang kemerduannya.  Datang dan pergi silih berganti.  Hadirnya disambut dengan tadahan kasih, melimpah ruah laksana lautan yang tidak bertepi.  Bila musim pun berlalu, anak dijemput pergi dengan membawa kenangan suka duka yang  terukir indah di sini.
Anak-anak,
Tidak akan ada lagi cikgu di sana untuk mencari kamu jika kamu terlambat masuk ke kuliah, tutoran dan amali. Tidak akan ada lagi cikgu di sana untuk mengejutkan kamu jika kamu tidak terjaga daripada tidur.   Benar-benar tidak akan ada cikgu lagi di sana sayangku.  Yang hanya ada, adalah diri kamu dan kesungguhan kamu untuk menggapai  impian.    Justeru, pesan cikgu di persimpangan ini, bawalah sifat berkualiti walau di mana kaki berpijak    Pamerkanlah ketrampilan peribadi mulia dan serlahkanlah jati diri sebagai pewaris bangsa yang cemerlang. Usah terlupa untuk menjadi generasi  dewasa yang budiman dan bijaksana. Usah terlupa untuk sentiasa tunduk hormat kepada orang tua-tua dan juga usah terlupa untuk berbahasa jika menerima budi daripada sesiapa.  
Anak-anak cikgu,
Di bahu setiap insan yang bergelar pendidikan, terpikul amanah yang amat berat bagi disempurnakan.  Jika alang-alang memikul beban ini, akan tersadailah harapan tanpa membawa pulang hasil yang lumayan.  Kepelbagaian cara hidup yang teramat rencam di luar sana akan menjadi penyumbang kepada faktor pembatas. 
Anak-anak cikgu yang tersayang,
Hari ini, cikgu lepaskan kamu terbang mencari destinasi yang diimpikan.   Sayang, berhentilah seketika jika terasa penat dan nyanyikanlah lagu ini jika terasa rindu.   Inilah lagu bintang hati tanda kasih seorang guru kepada anaknya.......
Bintang kecil di langit yang tinggi,
Sungguh indah menghias angkasa,
Aku ingin terbang dan menyanyi,
Jauh diri di tempat kau berada....
Dan kamu semualah bintang hati cikgu......

Ikhlas daripada Cikgu Azuyah Hassan.

Sunday, May 05, 2013

ape semua nie???

sejak habis matrik, nie first time aku update blog...hahha...

hurm... aku x taw ape perasaan aku sekarang,, marah, sedih, kecewa... semua ade.... ape yang x sedih nye... pagi2 buta aku bukak FB then status palig atas yang aku jumpa...


seriously aku x nak percaya ape yang aku tengok... tapi tu lah hakikatnye.... hati dye kat org lain.... mungkin aku nie giler sebab blh kecawa dengan bende nie... tapii, sape yang x kecewa bila tgok org yang kita suke, suke kat org lain....??? tell me... dah la, malas nak cakap pasal nie dah... yang aku taw sekarang, harapan memang tipis.... then, pagi2 nie jugak aku text kimi... nak cite kat dye... tp dye x reply..mungkin dye x bgun lagi.. ye la kan, semalam dye busy plus letih jaga PRU13...

smile :)

Thursday, April 25, 2013

hari ini dalam sejarah

 hai... hari nie jumaat terakhir aku kat KMP....  sedih sangat coz akan berpisah ngn kawan2... kat sini aku belajar hidup berdikari.... for example,*cewahh da macam bt essay, ade example bagai*
tadi disebabkan x de duit nak belanja untuk makan, aku n qilah berkomplot untuk cari duit rm3.80 untuk beli paket megi yang besar uh....kesian kan???

huhuhu... actually x taw nak cite ape... ohho, nk cite tadi lepak2 kat tasik then ukir nama atas batu n pokok... tulis name aku n kawan aku wanie.. n paling best, aku tulis name sebenar mr.S kat batu n pokok...hopefully dye bace bende tu.... and, happy sangat2 sebab mase nak exam uh, mr.S wish good luck.... dye antar macam nie

ASSALAM,
-MAAF SGALA SLAH SILAP.
-BUAT YG TRBAIK PSPM NI.LPAS NI DAH XDE PSPM LG. ALL THE BEST K.

tetibe dapat msg uh, happy n semangat nak jawab exam...and, tiap kali aku jawab exam, law ade masa lebih, aku akan tuli diary kat belakang paper... t ade masa ak share k...

smile :)

thanks :)