tatkala umat islam yang lain berpuasa,
mereka x merasa apa itu bazar ramadhan,
yang mereka tahu cuma bazar kecederaan,
melalui bazar kematian dihujung tanduk..
ketika umat islam yang lain berhari raya,
mereka tidak merasa pakaian yang indah,
ape yang mereka kenali??
pada mereka semua itu cuma sementara,
kerana pakaian mereka yang syahid itu lebih bermakna,
makanan disyurga itu lebih lazat
berbanding kuih raya yang dihidangkan.
jika aku bukan ditakdirkan berjuang bersama mereka di lapangan perang senjata, jika kalian juga seperti aku, biarkan doa yang mengiringi mereka. berdoalah yang baik, bukan mencaci musuh. berdoalah semoga Allah memberi hidayah pada mereka yang menzalimi dan kejayaan pada yang dizalimi.