welcome to wan era blog.. enjoy reading my simple life story.. hehehe

Tuesday, April 22, 2014

KAI #UMT

KAI tu ape?? its KELAB AMATUR INTELEKTUAL. so, for this second post i just wanna share my experience joining this club. nie first time aku join kelab islamic sebab selama nie *kat matrik* aku malas nak amik taw pasal ape2 kelab yang wujud termasuklah pusat islam masa kat matrik.. so, mase kat U nie la aku nak try join kelab islamic. nak di jadikan cerita, kelab nie ade la buat satu kem mase aku sem lepas ~CHARACTER BUILDING CAMP (CBC)~ aku macam blank mase camp tu but nasib baiik akak n abang2 senior kat situ seriously baik n hormat sangat. kitorang mmg hidup cara islam kat situ. experience aku makan ramai2 dalam dulang adalah pengalaman yang aku x akan pernah lupa.. seriously aku banyak kali menangis time kat kem nie, tapi bukan sebab aku menyesal datang, sebab aku menyesal akan perbuatan aku selama nie yang suke ambil mudah. like seriously korang kene tahu something yang mmg aku takut, time KEMBARA DA'EI.. bukan takut sebab time tu malam ke ape, tapi sebab ade satu aktiviti tu yang dipanggil liang lahad kalau aku x silap.. yesss!!! KUBUR.!!! kitorang kene tidur dalam kubur about 3 minit and bayangkan lah dalam kegelapan, bau kapur barus, gelap, n pejam mata. bayangkan lagi kalau tiba2 korang buka mata rupa2nya korang dah mati. amalan korang?? tanggungjawab korang??? ape nak jawab kalau disoal?? Allahuakbar, aku menggeletar selepas 3 minit tu berlalu, sesuatu terjadi kat aku masa dalam tu, aku tiba2 rasa sejuk, n bunyi yang kuat datang serupa seksaan kubur buat aku. *tanpa aku sedar yang bunyi itu adalah lemparan tanah oleh senior KAI*. macam mane kalau nanti aku dah mati, n perkara tu benar2 berlaku, Allahuakbar aku xmampu.
panjang sangat perjalanan cerita nie, terlalu banyak tapi x best kalau bace je, nanti kalau ade la antara readers yang bace nie dapat UMT or dah pon menjadi pelajar UMT, joinlah aktiviti KAI... in shaa Allah, korang xakan menyesal.

~we are family~
~p/s: aku paling belakang, 4 dari kiri~

THINGS COMES AGAIN

di situ, di  tempat itu, aku mulai mengenalnya
perkataannya menimbulkan tawa dihatiku 
menjadi salam perkenalan antara kami
bertikam lidah tanpa makna diawal perkenalan
melambaikan tangan tanda salam perkenalan

berlalu hari tanpa aku menyedari,
usikan senda dari keliling hidupku
menimbulkan rasa yang aku sendiri ingin hindari 
tidak aku menyedari akan perkara ini,
rasa ini hadir bukan dari kerelaan hati

salam perkenalan yang dihulurnya
masih segar di kotak sepi
berfikir aku semua ini
adakah ia akan berakhir melalui perpisahan jasad,
atau berakhir dengan perpisahan abadi.

biarkan rasa ini kekal 
 kekal seperti diawal pertemuan dahulu
bukan aku menolak hakikat sebenar 
tapi aku hanya manusia biasa
 yang x mahu terluka oleh penantian sia-sia


 

Tuesday, April 01, 2014

BiCAra haTI


setapak demi setapak
kurelakan kaki ini mengikut haluannya sendiri
tak akan aku membantah rontaan permintaan ini
bukan aku ini lemah tetapi hanya itu baki dayaku
yang masih tersisa untuk perjuanganku kali ini

langit kini tak lagi seindah dahulu
terlalu banyak rahsia yang disimpannya rapi
terlalu perit untukku minta kembali
biarkan ia tersemat disisi yang aku sendiri tak pasti

perjalananku kini semakin sepi
perjuanganku kini semakin mati
penantianku kini semakin ketepi
tak akan aku biarkan ini semua disusun teliti
bukan akalku yang berfungsi sekiranya ini terjadi

temanku bukanlah untuk ditukar ganti
bukan pula dijadikan bahan uji
andai bukan bibir meluahkan rahsia hati
terbayangkan aku akan khilafnya diri
dimanakah silapnya tiada teman disisi






thanks :)