welcome to wan era blog.. enjoy reading my simple life story.. hehehe

Wednesday, August 13, 2014

#PrayForMuslim

sungguh aku tersentap membaca apa yang berlaku kepada saudara islam aku yang sedang berperang antara hidup ditindas atau mati syahid.. Allahuakbar!!! dimana kah aku ketika mereka perlukan bantuan?? ketika memerlukan sokongan??? ketika mereka memerlukan ketabahan??? kemana pergi saudara islam yang sedia berjuang bersama?? ingin aku melihat semua umat islam dengan ajaran islam yang sebenar.

tatkala umat islam yang lain berpuasa,
mereka x merasa apa itu bazar ramadhan,
yang mereka tahu cuma bazar kecederaan,
melalui bazar kematian dihujung tanduk..

ketika umat islam yang lain berhari raya,
mereka tidak merasa pakaian yang indah,
ape yang mereka kenali??
pada mereka semua itu cuma sementara,
kerana pakaian mereka yang syahid itu lebih bermakna,
makanan disyurga itu lebih lazat 
berbanding kuih raya yang dihidangkan.

jika aku bukan ditakdirkan berjuang bersama mereka di lapangan perang senjata, jika kalian juga seperti aku, biarkan doa yang mengiringi mereka. berdoalah yang baik, bukan mencaci musuh. berdoalah semoga Allah memberi hidayah pada mereka yang menzalimi dan kejayaan pada yang dizalimi. 


thanks :)